Muqaddimah

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان

Monday 16 May 2011

::.. Salam Taaruf Dari Pemilik Blog ..::


Salamun 'Alaikum..

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Berfirman Allah SWT:

وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرىٰ تَنفَعُ المُؤمِنينَ ﴿٥٥﴾

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.."

Az-Dzaariat 55

Bersabda Nabi SAW:

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه قال أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: 
(الدين النصيحة قلنا لمن يا رسول الله: قال:لله و لكتابه و لرسوله و لأئمة المسلمين و عامتهم)
رواه مسلم

Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : "Agama itu adalah nasihat." Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : "Bagi Allah, kitabNya, RasulNya, kaum Muslimin dan orang awamnya.."

H.R Muslim

__________________________#___________________________


     Alhamdulillah.. Pujian syukur ke hadrat Ilahi, selawat serta salam buat junjungan Baginda Nabi Karim SAW.. Akhir sekali impian utk memiliki blog sendiri telah tertunai.. Selama ini hanya memerhati blog sahabat-sahabat seperjuangan dlm menuntut ilmu dan memperjuangkan Agama Allah SWT dibumi ini… Kali ini diri yg penuh kekerdilan, kelemahan, dan kehinaan disisi Pencipta, ingin berkongsi beberapa bentuk perkongsian, mungkin ianya berbentuk ilmiah, nasihat, keagamaan, keduniaan, pengalaman hidup, dan sebagainya yg dianggap diri ini penting atau suka dikongsikan, insyaALLAH.. 

     Tujuan blog ini dibina ialah utk peringtan kpd diri ini sendiri dan perkongsian buat sahabat-sahabat, sama ada yg mengenali diri ini atau pun yg tidak mengenali.. Seperti ayat Al-Quran & Al-Hadith yg didatangkan atas tadi, agama adalah penting utk kita saling PERINGAT memperingati & NASIHAT menasihati.. xkira, apa jua peringatan & nasihat sekiranya ianya bermanfaat utk kehidupan beragama kita.. peringatan & nasihat mengenai duniawi ataupun ukhrawi..

InsyaALLAH..

    Nama blog ini ‘qalamuddien (قلم الدين)’ dipilih tika mana teringat akan seseorang yg diri ini hormat dan kagum dengan fikrah agamanya mengelarkan diri ini sebagai qalamuddien.. MasyaAllah.. diri ini tidak lah seperti yg di gelarkan, tp insyaAllah, asbab gelaran dari nya, diri ini cuba utk menjadikan seperti yg digelarkan itu.. insyaAllahu Taala.. 

    ‘Qalamuddien’ ialah perkataan dlm bahasa arab, terjemahan dlm bahasa melayu ialah ‘Pena Agama’.. atau kita boleh terjemahkan erti kata yg mudah fhm ialah 'Tulisan Beragama'.. Jd diri ini memilih utk menamakan blog ini sebagai ‘Qalamuddien (Pena Agama)’ ialah kerana diri ini terasa ingin berkongsi apa-apa sahaja melalui method penulisan mengenai AGAMA Allah SWT..  kita sedia maklum, kebiasaan blog-blog yg diciptakan ialah hasil tulisan peribadi, dan ada jua sesetengah menciptakan nya utk berkongsi melalui ‘copy & paste’.. Jd begitu lah pemilik blog ini juga, nama Pena Agama amat sesuai dirasakan utk diri nya dgn blog nya.. kerana 100%  blog memang diciptakan utk seni penulisan.. Cuma atas individu yg ingin memanfaatkan nya dgn penulisan mengenai agama atau pun mengenai keduniaan..

    Jd harapan pemilik blog ini ialah, segala bentuk perkongsian dpt dimanfaatkan oleh pembaca-pembaca sekalian.. jikalau ada yg salah silap tika berkongsi, ruang komentar, email, fb, disediakan utk pembaca menegur & mengkritik pemilik blog ini..

    Pemilik blog ini hanya lah insan biasa, insan yg xterlepas dari kesilpan, kelemahan,. Jadi mungkin tika berkongsi beberapa bentuk perkongsian, mgkin xtersedar, atau jahil disebabkan kekurangan ilmu, atau sengaja kerana terikut hawa nafsu, atau sebagainya yg buruk, pemilik blog ini menyusun 10 jari mohon harap dimaafkan.. Dan yg paling pemilik blog ini hargai ialah teguran dari pembaca sekalian.. krn teguran itu bermanfaat utk orang-orang beriman..

 وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرىٰ تَنفَعُ المُؤمِنينَ ﴿٥٥﴾

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.."

Az-Dzaariat 55


    InsyaAllah.. Doa kan objektif penubuhan blog ini tercapai matlamatnya.. Apa yg baik itu datangnya dari Allah SWT, dan apa yg buruk itu dari kelemahan diri sendiri.. Tapi pada haqiqat asalnya semuanya dtg dari Allah swt..



Wassalam… ^^,

No comments:

Post a Comment