Muqaddimah

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان

Monday 30 May 2011

::..Remaja Islam..::

Salamun 'alaikum…

     Alhamdulillahirabbil alamin.. Segala pujian bagi Allah Tuhan Pencipta Alam.. Selawat salam buat junjungan kekasih-Nya Baginda Nabi SAW..

    Terasa ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian akan perjuangan diri ini dalam membantu agama Allah sebagai pelajar agama, yg semestinya hidup perlu senantiasa menjadikan Agama Allah perkara utama yg perlu diutamakan.. Alhamdulillah..wa InsyaAllah..


    PeNa AgaMa kali ini ingin datangkan perkongsian tentang aktiviti yg baru sahaja ana hadiri pada 27 & 28 Mei 2011. Nama programnya ialah Kem Tunas Muda. Yang diadakan disebuah Sekolah Menengah Agama di Baling, Kedah..


Kem Tunas Muda - Sek Men Agama Baling


    Alhamdulillah, dan berbanyak-banyak terima kasih buat adhoc pelaksana program kerana sudi menjemput diri ini untuk berkongsi pengalaman bersama adik-adik di dalam Kem Tunas Muda ini.. Sepanjang bersama program itu,walaupun sebentar, akan tetapi ‘taklifan’(tanggungjawab) yg diberikan ialah memberi kuliah yang diperuntukkan masa sejam setengah  yang bertajuk ‘Mantapkan Akidah’.. Dan satu lagi slot yang di berikan ialah ‘Slot Muhasabah’ yang di handle waktu malam. 

     Kuliah ceramah tentang akidah itu alhamdulillah, walaupun diri ini tidak sea’rif Tuan-tuan Guru besar, Muallim-muallim, ulama’-ulama’ yang mampu berhujjah dgn Akidah yg mantap, pegangan iktikad yg jitu, dalam mengenali Allah SWT.. Akan tetapi kuliah itu hanya lah utk golongan remaja. Remaja yg baru-baru dalam mengenali kehidupan dalam beragama. Alhamdulillah, ana menggunakan metode, pendekatan yang ringan utk remaja-remaja ini.. Ianya dpt dibuktikan bilamana keberkesanan terhadap remaja-remaja tersebut. Iaitu respon daripada mereka semua.. Metode yang digunakan selama sejam setengah itu, berbentuk santai, jenaka, persoalan, datangkan pengalaman, dan sebagainya. Metode yg ana gunakan demikian adalah kerana memahami akan jiwa remaja tika mengadap kuliah. Maklumlah kuliah yg panjang, sejam setengah, pelbagai karenah pelajar kita boleh lihat, dengan senda gurau nya dgn rakan sebelah, dengan lena nya, dan macam-macam lagi.. Dan Alhamdulillah bilamana dengan menggunakan pendekatan sedemikian, tajuk kuliah yang ana sampaikan itu ada respon dari remaja-remaja tersebut, walaupun bukan 100%.. 

     Akidah merupakan tunjang dalam kehidupan kita. Jikalau akidah kita yg tidak mantap, bagaimana kita akan mampu menangkis segala-gala anasir-anasir, segala-gala ism-ism luar seperti, secularism, pluralism, liberalism, wahabiyyah, syiah, dan sebagainya lagi yang sedang berleluasa akhir-akhir ini.. Dan begitu lah kuliah yang ana cuba sampaikan pada remaja-remaja tersebut. Kerana diri ni memahami, kerana diri ini pernah alami zaman remaja. Sepanjang menempuhi zaman remaja, perkara-perkara sedemikian yang berlaku pada diri ini.. masyaAllah, jikalau zaman remaja kini tidak di pedulikan oleh mana-mana pihak yg bertanggungjawab, alamatnya mundur lah! Jatuh lah! Kecundang lah! Remaja-remaja kini.. nastaghfirukallah,wanatubuilaik ya Allah… 


     Sedangkan kita mengetahui akan Sabdaan baginda Nabi SAW tentang pentingnya remaja-remaja islam dalam kehidupan, kisah-kisah sahabat-sahabat r.anhum ajmain ketika mana zaman remajanya, mampu mengangkat pedang yang lebih besar dari tubuh nya utk menegakkan kalimah Allah dan sebaginya lagi kisah-kisah yang kita dengari dan pelajari.. 

Subhanallah..MasyaAllah..



Slot  'Mantapkan Akidah' - Kaedah santai, berjenaka, respon, sesuai utk remaja dlm kuliah.






Peserta Puteri - Muslimah insan berjasa kepada ummah, AKIDAH perlu di mantapkan utk melahirkan zuriat-zuriat penyambung perjuangan Rasulullah SAW..

   
      Dan ‘Slot Muhasabah’ yang di handle pd malam itu, Alhamdulillah,masyaAllah, menusuk qalbu, lagi-lagi apabila tajuk yg diberikan utk meng’handle’ slot itu ialah ‘Dambaan Hati’.. Subhanallah.. bila mengungkapkan kata-kata muhasabah, air mata terasa ingin berguguran kerana betapa menyentuhnya hati, dengan slot yg di handle.. Walaupun  diri ini yang meng’handle’ kannya, akan tetapi, diri ini dpt merasakan akan kesan tajuk itu.. Dan tajuk slot muhasabah itu bukan lah diri ini yang memilih, akan tetapi dari seorg pelajar yg mendalami jurusan kedoktoran. Beliau lah yg memberikan tajuk slot muhasabah itu kpd ana utk meng’handle’kan nya.. terkejut..tergaman buat seketika.. Bilamana ia nya ‘on the spot’ terhadap ana.. Yang asal wujud nya ana didalam program ini hanya lah utk memberi kuliah tentang akidah sahaja.. Akan tetapi permintaan darinya, ana terima dengan semampunya.. Alhamdulillah.. 

Slot Muhasabah - Pendekatan melalui Paparan skrin diiringi Emotional Sound Effect


Moga-moga Allah dgn hidayah-Nya dikurniakan kepada remaja-remaja islam ini.. Amiin..


    Moga-moga Allah memberikan hidayah berkat usaha dalam mentarbiah remaja-remaja kearah MEMANTAPKAN AKIDAH, MEMPERKASAKAN IBADAH, MENYEMPURNAKAN AKHLAK. Itulah tema program Kem Tunas Muda tersebut..

     Perkara yang ana ingin kongsi kan disini ialah berkaitan dengan  ‘sasaran’ program ini. Sasaran program ini ialah remaja yg berumur lingkungan 14, 15 tahun. Alhamdulillah.. Program yg sebegitu bagus yg di anjurkan Alumni sek agama tersebut.. Yang ana kagum tika bersama dan bercerita dgn ‘adhoc’ pelaksana program ialah, mereka mengatakan tiap-tiap tahun sekolah mereka menganjurkan program ini terhadap pelajar-pelajar tingkatan 2 atau 3. Alhamdulillah!! Satu kebangaan..! Satu kepujian.. teruskanlah, ianya menarik rahmat Allah, hidayah Allah SWT.. Subhanallah..

    Remaja, ianya satu zaman yang teramat ‘dangerous’ (merbahaya) sekali.. kerana tika itu lah remaja mula-mula berfikiran kearah kematangan. Dan sebagai individu muslim, dalam kehidupan beragama, remaja menjadi tarikan kepada  satu ‘golongan’ yg dangerous juga, iaitu syaitan laknatullah.. Golongan syaitan ini amat menyukai zaman remaja. Kerana ianya senang memancing dengan pelbagai umpan. Kalau zaman kanak-kanak dahulu, ia mengerti, ikan kecil tidak akan makan umpan, kerana kejahilan, ketidakmatangan, kerana ketidak tahuan ikan kecil itu. Akan tetapi bila ikan itu membesar, ia mula mengenali apa itu makanan, dan umpan yang diberikan pada nya jua hanya ikan yang ‘mantap’ sahaja tidak akan senang terumpan, atau termakan umpan itu. Akan tetapi andai ikan itu jahil,ia akan memakan umpan itu dgn senang sekali. Walupun ianya umpan palsu. Begitulah syaitan laknatullah. Ia mula memancing golongan remaja ini dengan pelbagai umpan. Jika tidak makan dengan umpan palsu, ia kan mencuba nya dengan umpan betul. Dan jika tidak jua termakan dengan umpan betul, ia akan mencari jalan memancingnya dengan umpan yang betul akan tetapi kelihatan menarik, kelihatan selera buat mangsa-mangsa nya.. MasyaAllah.. begitu lah ibaratkan syaitan dalam memancing golongan remaja. Hanya remaja yg diterapkan agama, yang diterapkan dengan akidah yang betul, yang diterapkan dengan landasan hidup bersyariat yg benar, yang dterapkan dengan nilai-nilai murni, dan sebagainya lagi, remaja yang akan berjaya disisi Allah SWT dalam mendapat keTAQWAan dari Allah SWT… Subhanallah..

Remaja..

     Berapa banyak kita dengari dari akhbar-akhbar, berita-berita dan media massa yg pelbagai, tentang keruntuhan akhlak remaja, kealpaan hidup remaja, kejahilan hidup remaja, samada dalam bidang akademik mahupun agama. Kenapakah ini semua berlaku?? Pelbagai alasan kita boleh nyatakan.. Akan tetapi bukan penyelesaian yang kita lakukan.. Inilah antara punca nya juga berlaku sedemikian terhadap remaja.. Kita semua pernah alami alam remaja, dan tentu kita memahami jiwa remaja. Akan tetapi kita hanya mampu menunding jari, mengumitkan dengan kata-kata mengatakan kesalahan remaja.. bukannya bersimpati terhadap remaja yang hidupnya penuh lari dari landasan hidup yang sewajarnya diamalkan oleh seorg REMAJA MUSLIM.. Subhanallah…

    Dan Alhamdulillah, dengan sedikit kebaktian terhadap program tersebut, diri ini terasa utk lebih menjiwai golongan remaja ini.. Moga-moga program seumpama ini boleh di anjurkan oleh mana-mana pihak yg mampu menganjurkan nya.. Teramat penting nya tarbiah, tazkiah, terhadap anak-anak remaja.. Remaja adalah ASET penting AGAMA.. Yang akan menjadi pewaris di hari mendatang kelak. Pewaris perjuangan menegakkan kalimah Allah atas muka bumi ini. Yang akan menangkis segala kekejaman, fahaman-fahaman, anasir-anasir, dan sebagainya lagi segala bentuk yang ingin MENJATUHKAN ISLAM, yang ingin MENINDAS ISLAM, dan sebaginya.. Allahurabbi.. Subhanallah..

     Sama-sama kita ikhtiar dan doakan supaya golongan remaja ini akan menjadi satu KEBANGAAN buat ISLAM. Bukan nya punca KEHINAAN buat ISLAM.. Renungilah…

InsyaAllah.. Wallahuaalam..

No comments:

Post a Comment