Muqaddimah

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان

Monday 30 May 2011

::..Remaja Islam..::

Salamun 'alaikum…

     Alhamdulillahirabbil alamin.. Segala pujian bagi Allah Tuhan Pencipta Alam.. Selawat salam buat junjungan kekasih-Nya Baginda Nabi SAW..

    Terasa ingin kongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian akan perjuangan diri ini dalam membantu agama Allah sebagai pelajar agama, yg semestinya hidup perlu senantiasa menjadikan Agama Allah perkara utama yg perlu diutamakan.. Alhamdulillah..wa InsyaAllah..


    PeNa AgaMa kali ini ingin datangkan perkongsian tentang aktiviti yg baru sahaja ana hadiri pada 27 & 28 Mei 2011. Nama programnya ialah Kem Tunas Muda. Yang diadakan disebuah Sekolah Menengah Agama di Baling, Kedah..


Kem Tunas Muda - Sek Men Agama Baling


    Alhamdulillah, dan berbanyak-banyak terima kasih buat adhoc pelaksana program kerana sudi menjemput diri ini untuk berkongsi pengalaman bersama adik-adik di dalam Kem Tunas Muda ini.. Sepanjang bersama program itu,walaupun sebentar, akan tetapi ‘taklifan’(tanggungjawab) yg diberikan ialah memberi kuliah yang diperuntukkan masa sejam setengah  yang bertajuk ‘Mantapkan Akidah’.. Dan satu lagi slot yang di berikan ialah ‘Slot Muhasabah’ yang di handle waktu malam. 

     Kuliah ceramah tentang akidah itu alhamdulillah, walaupun diri ini tidak sea’rif Tuan-tuan Guru besar, Muallim-muallim, ulama’-ulama’ yang mampu berhujjah dgn Akidah yg mantap, pegangan iktikad yg jitu, dalam mengenali Allah SWT.. Akan tetapi kuliah itu hanya lah utk golongan remaja. Remaja yg baru-baru dalam mengenali kehidupan dalam beragama. Alhamdulillah, ana menggunakan metode, pendekatan yang ringan utk remaja-remaja ini.. Ianya dpt dibuktikan bilamana keberkesanan terhadap remaja-remaja tersebut. Iaitu respon daripada mereka semua.. Metode yang digunakan selama sejam setengah itu, berbentuk santai, jenaka, persoalan, datangkan pengalaman, dan sebagainya. Metode yg ana gunakan demikian adalah kerana memahami akan jiwa remaja tika mengadap kuliah. Maklumlah kuliah yg panjang, sejam setengah, pelbagai karenah pelajar kita boleh lihat, dengan senda gurau nya dgn rakan sebelah, dengan lena nya, dan macam-macam lagi.. Dan Alhamdulillah bilamana dengan menggunakan pendekatan sedemikian, tajuk kuliah yang ana sampaikan itu ada respon dari remaja-remaja tersebut, walaupun bukan 100%.. 

     Akidah merupakan tunjang dalam kehidupan kita. Jikalau akidah kita yg tidak mantap, bagaimana kita akan mampu menangkis segala-gala anasir-anasir, segala-gala ism-ism luar seperti, secularism, pluralism, liberalism, wahabiyyah, syiah, dan sebagainya lagi yang sedang berleluasa akhir-akhir ini.. Dan begitu lah kuliah yang ana cuba sampaikan pada remaja-remaja tersebut. Kerana diri ni memahami, kerana diri ini pernah alami zaman remaja. Sepanjang menempuhi zaman remaja, perkara-perkara sedemikian yang berlaku pada diri ini.. masyaAllah, jikalau zaman remaja kini tidak di pedulikan oleh mana-mana pihak yg bertanggungjawab, alamatnya mundur lah! Jatuh lah! Kecundang lah! Remaja-remaja kini.. nastaghfirukallah,wanatubuilaik ya Allah… 


     Sedangkan kita mengetahui akan Sabdaan baginda Nabi SAW tentang pentingnya remaja-remaja islam dalam kehidupan, kisah-kisah sahabat-sahabat r.anhum ajmain ketika mana zaman remajanya, mampu mengangkat pedang yang lebih besar dari tubuh nya utk menegakkan kalimah Allah dan sebaginya lagi kisah-kisah yang kita dengari dan pelajari.. 

Subhanallah..MasyaAllah..



Slot  'Mantapkan Akidah' - Kaedah santai, berjenaka, respon, sesuai utk remaja dlm kuliah.






Peserta Puteri - Muslimah insan berjasa kepada ummah, AKIDAH perlu di mantapkan utk melahirkan zuriat-zuriat penyambung perjuangan Rasulullah SAW..

   
      Dan ‘Slot Muhasabah’ yang di handle pd malam itu, Alhamdulillah,masyaAllah, menusuk qalbu, lagi-lagi apabila tajuk yg diberikan utk meng’handle’ slot itu ialah ‘Dambaan Hati’.. Subhanallah.. bila mengungkapkan kata-kata muhasabah, air mata terasa ingin berguguran kerana betapa menyentuhnya hati, dengan slot yg di handle.. Walaupun  diri ini yang meng’handle’ kannya, akan tetapi, diri ini dpt merasakan akan kesan tajuk itu.. Dan tajuk slot muhasabah itu bukan lah diri ini yang memilih, akan tetapi dari seorg pelajar yg mendalami jurusan kedoktoran. Beliau lah yg memberikan tajuk slot muhasabah itu kpd ana utk meng’handle’kan nya.. terkejut..tergaman buat seketika.. Bilamana ia nya ‘on the spot’ terhadap ana.. Yang asal wujud nya ana didalam program ini hanya lah utk memberi kuliah tentang akidah sahaja.. Akan tetapi permintaan darinya, ana terima dengan semampunya.. Alhamdulillah.. 

Slot Muhasabah - Pendekatan melalui Paparan skrin diiringi Emotional Sound Effect


Moga-moga Allah dgn hidayah-Nya dikurniakan kepada remaja-remaja islam ini.. Amiin..


    Moga-moga Allah memberikan hidayah berkat usaha dalam mentarbiah remaja-remaja kearah MEMANTAPKAN AKIDAH, MEMPERKASAKAN IBADAH, MENYEMPURNAKAN AKHLAK. Itulah tema program Kem Tunas Muda tersebut..

     Perkara yang ana ingin kongsi kan disini ialah berkaitan dengan  ‘sasaran’ program ini. Sasaran program ini ialah remaja yg berumur lingkungan 14, 15 tahun. Alhamdulillah.. Program yg sebegitu bagus yg di anjurkan Alumni sek agama tersebut.. Yang ana kagum tika bersama dan bercerita dgn ‘adhoc’ pelaksana program ialah, mereka mengatakan tiap-tiap tahun sekolah mereka menganjurkan program ini terhadap pelajar-pelajar tingkatan 2 atau 3. Alhamdulillah!! Satu kebangaan..! Satu kepujian.. teruskanlah, ianya menarik rahmat Allah, hidayah Allah SWT.. Subhanallah..

    Remaja, ianya satu zaman yang teramat ‘dangerous’ (merbahaya) sekali.. kerana tika itu lah remaja mula-mula berfikiran kearah kematangan. Dan sebagai individu muslim, dalam kehidupan beragama, remaja menjadi tarikan kepada  satu ‘golongan’ yg dangerous juga, iaitu syaitan laknatullah.. Golongan syaitan ini amat menyukai zaman remaja. Kerana ianya senang memancing dengan pelbagai umpan. Kalau zaman kanak-kanak dahulu, ia mengerti, ikan kecil tidak akan makan umpan, kerana kejahilan, ketidakmatangan, kerana ketidak tahuan ikan kecil itu. Akan tetapi bila ikan itu membesar, ia mula mengenali apa itu makanan, dan umpan yang diberikan pada nya jua hanya ikan yang ‘mantap’ sahaja tidak akan senang terumpan, atau termakan umpan itu. Akan tetapi andai ikan itu jahil,ia akan memakan umpan itu dgn senang sekali. Walupun ianya umpan palsu. Begitulah syaitan laknatullah. Ia mula memancing golongan remaja ini dengan pelbagai umpan. Jika tidak makan dengan umpan palsu, ia kan mencuba nya dengan umpan betul. Dan jika tidak jua termakan dengan umpan betul, ia akan mencari jalan memancingnya dengan umpan yang betul akan tetapi kelihatan menarik, kelihatan selera buat mangsa-mangsa nya.. MasyaAllah.. begitu lah ibaratkan syaitan dalam memancing golongan remaja. Hanya remaja yg diterapkan agama, yang diterapkan dengan akidah yang betul, yang diterapkan dengan landasan hidup bersyariat yg benar, yang dterapkan dengan nilai-nilai murni, dan sebagainya lagi, remaja yang akan berjaya disisi Allah SWT dalam mendapat keTAQWAan dari Allah SWT… Subhanallah..

Remaja..

     Berapa banyak kita dengari dari akhbar-akhbar, berita-berita dan media massa yg pelbagai, tentang keruntuhan akhlak remaja, kealpaan hidup remaja, kejahilan hidup remaja, samada dalam bidang akademik mahupun agama. Kenapakah ini semua berlaku?? Pelbagai alasan kita boleh nyatakan.. Akan tetapi bukan penyelesaian yang kita lakukan.. Inilah antara punca nya juga berlaku sedemikian terhadap remaja.. Kita semua pernah alami alam remaja, dan tentu kita memahami jiwa remaja. Akan tetapi kita hanya mampu menunding jari, mengumitkan dengan kata-kata mengatakan kesalahan remaja.. bukannya bersimpati terhadap remaja yang hidupnya penuh lari dari landasan hidup yang sewajarnya diamalkan oleh seorg REMAJA MUSLIM.. Subhanallah…

    Dan Alhamdulillah, dengan sedikit kebaktian terhadap program tersebut, diri ini terasa utk lebih menjiwai golongan remaja ini.. Moga-moga program seumpama ini boleh di anjurkan oleh mana-mana pihak yg mampu menganjurkan nya.. Teramat penting nya tarbiah, tazkiah, terhadap anak-anak remaja.. Remaja adalah ASET penting AGAMA.. Yang akan menjadi pewaris di hari mendatang kelak. Pewaris perjuangan menegakkan kalimah Allah atas muka bumi ini. Yang akan menangkis segala kekejaman, fahaman-fahaman, anasir-anasir, dan sebagainya lagi segala bentuk yang ingin MENJATUHKAN ISLAM, yang ingin MENINDAS ISLAM, dan sebaginya.. Allahurabbi.. Subhanallah..

     Sama-sama kita ikhtiar dan doakan supaya golongan remaja ini akan menjadi satu KEBANGAAN buat ISLAM. Bukan nya punca KEHINAAN buat ISLAM.. Renungilah…

InsyaAllah.. Wallahuaalam..

Tuesday 24 May 2011

::..“Kamu bantu AKU, AKU bantu kamu”..:: Rabbul Jalil

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


     Ana mula kan perkongsian dgn sahabat2 sekalian dalam blog ana yang xseberapa ini dgn satu topic yg agak2 memerlukan kita faham agama.. Iaitu topic nya “kamu bantu Aku(ALLAH), Aku bantu kamu..”

    Tajuk topic tu ia diambil dari satu surah dalam Al-Quran iaitu surah Muhammad, ayat ke 7..  Allah SWT memberi peringatan kepada kita semua dengan datangkan satu ayat yang berbentuk memberi ganjaran kepada kita.. Allah swt berfirman,


 يٰأَيُّهَا الَّذينَ ءامَنوا إِن تَنصُرُوا اللَّهَ يَنصُركُم وَيُثَبِّت أَقدامَكُم

Yang bermaksud,  Hai orang-orang mukmin, jika kamu membantu (agama) Allah, niscaya Dia akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu..”


    Jadi apa yg kita dapat faham disini?  Kata ulama’, maksud bantu agama Allah ialah bantu menegakkan kalimah Allah atau memperjuangkan AGAMA Allah SWT atas muka bumi ini.. Selain kita diciptakan Allah utk beribadat pada Nya seperti Allah swt bagitahu dalam surah Az-Dzariaat ayat 55,



وَما خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إِلّا لِيَعبُدون

Yang bermaksud, Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadat kepada-Ku..


   Yakni disamping kita beribadat kepada Allah SWT, Allah SWT nak kan jua kita membantu Dia.. Bagaimana kita nak bantu Allah..? Bagaimana kita nak bantu AGAMA Allah..?? renungi lah sejenak kita.. apa yg kita faham dengan konsep ‘bantu’.. Bantu dalam konsep kehidupan kita ialah memberi pertolongan.. Apa-apa sahaja yang orang memerlukan bantuan kita, lantas kita ringan kan anggota tubuh utk membantu.. Itu lah konsep bantu dalam kehidupan kita.. Subhanallah… Em,itu dalam kehidupan berukhwah kita, ‘hablumminannas’ kita.. Tp topic ana dalam perkongsian kali ni, ialah 'bantu Allah'… Jadi renungkan lah.. Apa yg kita dah bantu Allah.. Apa yang dah kita bantu Agama Allah sepanjang kehidupan kita selama ini??MasyaAllah...

InsyaAllah..

     Kita kembali kpd zaman sahabat-sahabat r.anhum ajmain.. Sepertimana kita belajar, kita mendengar kisah2 sahabat dari ustaz2 tentang perjuangan sahabat-sahabat Nabi SAW terhadap agama islam satu masa dulu.. Kita ‘gah’ menyatakan kekaguman kita, kebangaan kita sebagai pengikut2 mereka r.anhum ajmain.. Tapi kita sedar atau hayati tidak apa yg mereka bantu Allah satu masa dahulu hinggakan kita dpt kecapi nikmat hidup beragama skrg?? Subhanallah.. jikalau kita hayati, ana rasa, bukan ana yg akan memberi peringatan tentang ini, ataupun berkongsi tentang ini, tp shbt2 sekalian yg akan bercakap, saling memperingatkan kita smua tentang ini.. Subhanallah.. kalau seorg ustaz, ia akan sentiasa keluarkan atau memperingatkan  topic ni tika kuliahnya, kalau seorg ayah, ia akan bg kesedaran tentang ini pada anak isterinya, kalau seorg ibu, ia akan memperingati anak-anaknya, kalau seorang guru dia akan memperingati anak murid nya, kalau seorang sahabat, dia akan memperingatkan sahabat2 nya, dan kalau kita kata kita ORANG ISLAM, kita akan memperingatkan pada SEMUA orang islam sekeliling kita… Allahurabbi…

    Tapi begitu lah, manusia ini sering alpa, terleka,. Itu suka untuk ana kongsi kan bersama sahabat2 sekalian.. Sahabat2 r.anhum ajmain bantu agama Allah sampai habis keperluan diri.. Hayati kisah Abu Bakar As-Siddiq r.anhu, kenapa sampai Allah swt kirim salam akan nya.. Subhanallah.. Saidatina Khadijah r.anha pun sama.. Apa yang menyebabkan nama-nama mereka disebut oleh penghuni2 langit(malaikat)? Apa yang menyebabkan Allah SWT menyampaikan salam kepada mereka?? masyaAllah.. Kerana ‘BANTU’.. kerana membantu memperjuangkan agama Allah.. Allah swt muliakan mereka sebegitu sekali.. Allahurabbi.. Dan ramai lagi lah dikalangan mereka r.anhum ajmain yg hebat2 perjuangan nya membantu Agama Allah swt.. Disebabkan mereka lah kita dapat menikmati nikmat IMAN & ISLAM sekarang.. Kerana BANTUAN mereka satu masa dahulu… Subhanallah.. Walhamdulillah…

    Kita kembali pula kepada golongan lepasan mereka, iaitu tabi’ tabi’in, salafussoleh, ulama2 terdahulu dan seterusnya.. Berapa banyak kita belajar tentang sejarah meraka, membaca dari buku2, mendengar kuliah ustaz-ustaz mengajar, dan sebagainya, tentang bantuan mereka terhadap Agama Allah swt..  Subhanallah.. Kalau ingin sebutkan nama2 mereka, xhabis rasanya.. Nama2 yang masyhur2 yang dikumit2kan oleh pejuang2 Agama Allah swt sekarang, pembantu2 Agama Allah sekarang… Disebabkan penerusan mereka terdahulu lah kita sekarang mampu hidup kenal agama yang HAK ini.. AGAMA ISLAM ini.. Allahurabbi Ya Kariim..
                                                                             
    Jadi, renungilah kita sekarang.. Fkirkan lah kita sekarang,. Muhasabah lah kita sekarang,.. Wujudkan dalam minda kehidupan seharian kita, atau fikirkan senantiasa dalam detik2 kehidupan kita seharian, “APAKAH YANG AKU BANTU AGAMA ALLAH?? APAKAH SUMBANGAN AKU UTK AGAMA ALLAH?? ..” Subhanallah… Wanastaghfirukallah wanatubuilaik…

InsyaAllah..  Kalau kita set kan dalam fikiran kita, minda kita sedemikian, kita tidak akan abaikan firman Allah swt tadi.. Subhanallah.. Malah kita akan bergerak ! Bangkit! Aktif ! Maju! Sedia! Untuk bantu AgaMa Allahu swt..!!

     Bukan nya susah untuk bantu agama Allah.. Dari pandangan kerdil ana, untuk bantu agama Allah bukan nya payah,. Dan kalu ianya susah atau payah, anggap lah ianya ‘sunnatullah’, yakni ujian, ketetapan Allah untuk kita..  Jangan risau,tengok sahabat2 dahulu teruk lagi, berat lagi kesusahan mereka bantu agama Allah,kita apa sangat kan…hmm..insyaAllah.. Jadi pandangan ana, kalau sebagai seorang penuntut ilmu, sama ada belajar ilmu agama atau pun akademik, bantu lah agama Allah dengan ilmu yang dipelajarinya itu.. Sebagai contoh, aliran akademik, bantu lah dengan ilmu akademik itu, berkaitan dengan ilmu dipelajari,.. Dan aliran agama, lagi lah kena bantu.. Sebab memang tanggungjawab mereka  belajar agama, Nabi saw tegaskan dah dalam hadith kan..em.. Dan tak semestinya kalu bukan aliran agama, yakni akademik hanya nampak aliran agama sahaja yang perlu bantu.. kan dah bagi tahu tadi, maksud bantu ialah,tolong pastikan AGAMA Allah ini tidak diabaikan oleh ummat am nya & masyarakat sekeliling khususnya,.. Dan pandangan ana seterusnya, bagi yang dewasa sikit, bantu lah melalui kerjaya anda..kalau anda seorang  pekerja, kilang ke,arkitek ke,pilot ke,xkira la,bantu agama Allah dengan sepatutnya..  Bawak kapal terbang itu pun dapat pahala tau.. Sebab setiap pekerjaan dikira IBADAH oleh Allah.. Syaratnya pekerjaan yang tidak melanggar syariat agama… Dan kalau  anda kerjaya ustaz, haa,..lg la kena bantu agama Allah..nama dh USTAZ.. sebarkan ilmu anda semampu mungkin..kami sokong dari belakang,..! dan klu anda seorang ibu atau bapa, bantu agama Allah dengan menjaga anak2, menjaga suami atau isteri dengan didikan agama, menjalinkan hubungan keluarga dengan saudara mara dengan baik, dan yang penting bantu agama Allah dengan selalu memperingati tentang agama, tentang akhirat, & tentang Allah pada mereka..subhanallah.. kiranya semua ini dapat diamalkan kita semua,nescaya, ana percya, kita akan hidup aman damai dengan indahnya islam dihayati…. Dengan kehidupan penuh ketaqwaan pada Allah.. Allahurabbi Ya Karim.. InsyaAllah..



      Em,ana rasa setakat itu dahulu perkongsian dari insan yg jahil,lemah ini.. Tapi sebelum ana akhiri ‘PeNa AgaMa’ ana ini, suka ana ingin peringatkan sekali lagi, ingat akan ayat ana datangkan tadi, Allah nyatakan nak bantu kita balik,bukan untuk bantu Allah sahaja..  Jadi, tidak rugi kita bantu agama Allah.. Allah datang kan kisah2 sahabat, tabi’ tabii’, salafussoleh, ulama’-ulama’ terdahulu utk pengajaran kita.. Kalau mereka yg susah kerana ‘BANTU’ Allah, kita ambil sebagai pedoman, yang PERJUANGAN memang menuntut PENGORBANAN.. Dan bukan semua mereka yang susah kerana bantu Agama Allah, ada jua yang senang.. Sengaja ana datangkan kisah-kisah yg mengkhabarkan kesusahan, sebab kita akan lebih terasa berat utk tunaikan, dan jika ianya berat, dan kita selalu biasakan yang berat, InsyaAllah kita tidak akan rasa apa-apa sekiranya yang ringan datang pada kita.. Subhanallah..;) Mereka terdahulu ramai jua Allah bg kesenangan bila mana bantu Agama Allah.. Tapi mereka x abaikan Allah, malah makin bantu Agama Allah. Jadi nasihat atau peringatan ana nya, xkira susah atau senang kita bantu agama Allah, kita terima.. Janji kita bantu juga AGAMA ALLAH ini.. Allahurabbi.. insyaAllah… 

خير الناس أنفعهم للناس
"sebaik-baik manusia, yang memberi manfaat kepada manusia yang lain"

     Jangan hanya hidup atas dunia ni, hanya goyangkan kaki… Melihat agama Allah diperlekehkan, dimainkan, dikejikan! oleh sesetengah pihak yg xdpt hidayah dari Allah SWT.. Saudara mara kita sendiri, ataupun anak-anak kita sndiri, jiran-jiran kita sendiri, ataupun sahabat-sahabat kita sendiri, ataupun org ISLAM kita sendiri.. Wanauzubillahminzalik.. Allahurabbi… BANTU lah agama Allah… Allah akan BANTU kita…

InsyaALLAHu taala... Wallahua'lam..

Monday 16 May 2011

::.. Salam Taaruf Dari Pemilik Blog ..::


Salamun 'Alaikum..

بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ


Berfirman Allah SWT:

وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرىٰ تَنفَعُ المُؤمِنينَ ﴿٥٥﴾

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.."

Az-Dzaariat 55

Bersabda Nabi SAW:

عن أبي رقية تميم بن أوس الداري رضي الله عنه قال أن النبي صلى الله عليه و سلم قال: 
(الدين النصيحة قلنا لمن يا رسول الله: قال:لله و لكتابه و لرسوله و لأئمة المسلمين و عامتهم)
رواه مسلم

Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : "Agama itu adalah nasihat." Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : "Bagi Allah, kitabNya, RasulNya, kaum Muslimin dan orang awamnya.."

H.R Muslim

__________________________#___________________________


     Alhamdulillah.. Pujian syukur ke hadrat Ilahi, selawat serta salam buat junjungan Baginda Nabi Karim SAW.. Akhir sekali impian utk memiliki blog sendiri telah tertunai.. Selama ini hanya memerhati blog sahabat-sahabat seperjuangan dlm menuntut ilmu dan memperjuangkan Agama Allah SWT dibumi ini… Kali ini diri yg penuh kekerdilan, kelemahan, dan kehinaan disisi Pencipta, ingin berkongsi beberapa bentuk perkongsian, mungkin ianya berbentuk ilmiah, nasihat, keagamaan, keduniaan, pengalaman hidup, dan sebagainya yg dianggap diri ini penting atau suka dikongsikan, insyaALLAH.. 

     Tujuan blog ini dibina ialah utk peringtan kpd diri ini sendiri dan perkongsian buat sahabat-sahabat, sama ada yg mengenali diri ini atau pun yg tidak mengenali.. Seperti ayat Al-Quran & Al-Hadith yg didatangkan atas tadi, agama adalah penting utk kita saling PERINGAT memperingati & NASIHAT menasihati.. xkira, apa jua peringatan & nasihat sekiranya ianya bermanfaat utk kehidupan beragama kita.. peringatan & nasihat mengenai duniawi ataupun ukhrawi..

InsyaALLAH..

    Nama blog ini ‘qalamuddien (قلم الدين)’ dipilih tika mana teringat akan seseorang yg diri ini hormat dan kagum dengan fikrah agamanya mengelarkan diri ini sebagai qalamuddien.. MasyaAllah.. diri ini tidak lah seperti yg di gelarkan, tp insyaAllah, asbab gelaran dari nya, diri ini cuba utk menjadikan seperti yg digelarkan itu.. insyaAllahu Taala.. 

    ‘Qalamuddien’ ialah perkataan dlm bahasa arab, terjemahan dlm bahasa melayu ialah ‘Pena Agama’.. atau kita boleh terjemahkan erti kata yg mudah fhm ialah 'Tulisan Beragama'.. Jd diri ini memilih utk menamakan blog ini sebagai ‘Qalamuddien (Pena Agama)’ ialah kerana diri ini terasa ingin berkongsi apa-apa sahaja melalui method penulisan mengenai AGAMA Allah SWT..  kita sedia maklum, kebiasaan blog-blog yg diciptakan ialah hasil tulisan peribadi, dan ada jua sesetengah menciptakan nya utk berkongsi melalui ‘copy & paste’.. Jd begitu lah pemilik blog ini juga, nama Pena Agama amat sesuai dirasakan utk diri nya dgn blog nya.. kerana 100%  blog memang diciptakan utk seni penulisan.. Cuma atas individu yg ingin memanfaatkan nya dgn penulisan mengenai agama atau pun mengenai keduniaan..

    Jd harapan pemilik blog ini ialah, segala bentuk perkongsian dpt dimanfaatkan oleh pembaca-pembaca sekalian.. jikalau ada yg salah silap tika berkongsi, ruang komentar, email, fb, disediakan utk pembaca menegur & mengkritik pemilik blog ini..

    Pemilik blog ini hanya lah insan biasa, insan yg xterlepas dari kesilpan, kelemahan,. Jadi mungkin tika berkongsi beberapa bentuk perkongsian, mgkin xtersedar, atau jahil disebabkan kekurangan ilmu, atau sengaja kerana terikut hawa nafsu, atau sebagainya yg buruk, pemilik blog ini menyusun 10 jari mohon harap dimaafkan.. Dan yg paling pemilik blog ini hargai ialah teguran dari pembaca sekalian.. krn teguran itu bermanfaat utk orang-orang beriman..

 وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرىٰ تَنفَعُ المُؤمِنينَ ﴿٥٥﴾

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.."

Az-Dzaariat 55


    InsyaAllah.. Doa kan objektif penubuhan blog ini tercapai matlamatnya.. Apa yg baik itu datangnya dari Allah SWT, dan apa yg buruk itu dari kelemahan diri sendiri.. Tapi pada haqiqat asalnya semuanya dtg dari Allah swt..



Wassalam… ^^,

Saturday 14 May 2011

SaLaM PeriNGaTaN DuNiA MaYa

 وَذَكِّر فَإِنَّ الذِّكرىٰ تَنفَعُ المُؤمِنينَ ﴿٥٥﴾

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.."

Az-Dzaariat 55